El Nino, Bahang Panas Yang Kian Terasa
El Nino, Bahang Panas Yang Kian Terasa | Setiap kali masuknya waktu malam, sudah pasti anda akan terasa bahang yang keluar dari dari batu bata atau konkrit yang masuk kedalam rumah menyebabkan bahang kepanasan di siang hari. Sudah pasti akan merasakan tidak keselesaan ketika bahang panas dan menyebabkan peluh. Dan akhirnya anda akan memasang kipas atau penghawa dingin untuk menghilangkan bahang kepanasan itu.
El Nino dan Kesanya
El Nino adalah satu fenomena cuaca yang berlaku dalam jangka masa yang panjang dan ianya berlaku secara global melibatkan banyak negara termasuklah negara Malaysia. Ianya berlaku apabila anomali suhu permukaan air laut di kawasan khatulistiwa tengah dan timur Lautan Pasifik dengan suhu melebihi 0.5 darjah celcius selama 5 bulan berturut-turut. Semasa fenomena El Nino melanda, air laut akan lebih panas di pasifik tengah dan timur membawa haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya.
Pergerakan udara lembap akan naik dengan kuat dan membentuk kawasan berawan konvektif dan ribut petir serta hujan lebat dikawasan berkenaan. Dibahagian Khatulistiwa Pasifik Barat seperti Malaysia, Indonesia, Brunie, Singapura dan Filipina akan mengalami tekanan atmosfera yang meningkat sedikit dan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding biasa.
El Nino akan menjadi fenomena cuaca di beberapa kawasan di dunia termasuklah kawasan Asia Tenggara, Afrika, India, Benua Amerika, Australia. El Nino terbahagia kepada dua bahagian, dimana di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan juga Utara Australia kebiasaanya akan mengalami cuaca kering. Manakala dikawasan pantai barat Amerika (termasuk Amerika Utara) pula aka dilanda cuaca yang lembap dan berkemungkinan berlakunya banjir yang buruk. Semua keadaan ini bergantugn kepada tahap kekuatan fenomena El Nino berlaku.
Fenomena El Nino bukanlah fenomena yang berlaku secara bermusim, ia selalunya berlaku dalam setiap 3-7 tahun sekali. Dan tempoh tercetusnya El Nino ini pula antar 6 hingga 18 bulan. Jadinya Malaysia akan berisiko dilanda cuaca kering dan panas selama 18 bulan.

haba naik nie
ReplyDelete