Cuti Sekolah 2015 Berakhir, Bermulanya Episod Baru 2016
Cuti Sekolah 2015 Berakhir, Bermulanya Episod Baru 2016 | Hampir kesuluruhan kompleks membeli belah Malaysia khususnya dipenuhi oleh kebanyakan remaja dan kanak-kanak kerana cuti sekolah yang panjang selama 1 bulan. Begitu juga dengan ibubapa yang mengambil peluang untuk membawa anak-anaknya bercuti panjang sama ada didalam mahupun luar negara. Ambillah peluang ini dengan membawa anak-anak bercuti di tempat yang lebih selamat kerana baru-baru ini kita di gemparkan berita yang sangat menyedihkan kerana 1 keluarga mati lemas semasa berkelah pusat air terjun. Al-Fatihah buat arwah sekeluarga, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Amin...Memandangkan cuaca hujan yang tidak menentu ini, elakkan berkelah di tempat-tempat berkelah seperti air terjun atau sungai atau pantai. Lebih baik membawa anak-anak ketempat yang lebih selamat seperti pusat kolam renang atau pusat air buatan yag disediakan oleh pihak-pihak tertentu seperti Sunway Lagoon dan sebagainya.
Debaran Kian terasa hari ini adalah hari terakhir penentuan Contest Review Lynk.my 2015, siapakah yang bakal menggondol wang tunai RM4000.00? Jom tekan sini untuk LynkUNDi MYiDEAKiNi yer.... :)
Berbalik kepada cuti sekolah yang sudah berakhir, pastinya anda akan pening kepala dengan penyediaan awal permulaan sekolah kerana kos yang begitu tinggi berbanding dengan zaman persekolahan sebelumnya. Anda boleh nilaikan sendiri kos awal penyediaan sekolah ketika zaman tahun 1979. Pastinya ketika itu nilai mata wang sangat besar dan anda tidaklah pening kepala dengan yuran sekolah yang sangat berpatutan berbanding zaman yang serba berteknologi, semuanya menjadi semakin mahal.
Memandangkan cuti sekolah dan umum 2015 sudah berakhir, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan cuti umum dan sekolah Malaysia bagi 2016. Dengan adanya kalendar cuti umum, cuti negeri dan cuti sekolah ini, pasti akan memudahkan ibubapa untuk merancang percutian lebih awal sama ada bercuti didalam negara mahupun di luar negara bersama-sama anak tersayang. Begitu juga dengan majlis-majlis penting seperti pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan sebagainya memerlukan perancangan yang lebih awal.
Berikut adalah kalendar cuti umum Malaysia 2016 yang telah ditetapkan dan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan dan perancangan awal anda nanti.
Tarikh cuti umum dan cuti negeri yang diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mungkin akan ada perubahan dan akan diumumkan dalam media elektronik secara rasmi nanti. Anda juga boleh melawat laman portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk rujukan.
Cuti umum ini akan di bahagikan kepada dua bahagian mengikut sekolah di seluruh negeri di Malaysia yang bercuti pada hari Jumaat dan Ahad iaitu:

- Kumpulan A : Melibatkan sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Melibatkan sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang (Penang), Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrjaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang
Berikut adalah Cuti Sekolah 2016 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut kumpulan A & B:
Secara kesimpulannya, Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah telahpun di umumkan, jadi rancanglah percutian anda terlebih awal kerana percutian di saat akhir pasti sahaja ada perkara yang tidak kena atau sesuatu yang tidak di ingini akan berlaku, minta berdoa dan dijauhi perkara sebegini. Apa perancangan awal anda nanti yer?....
KOMEN ANDA!